Assalammu'alaikum Sisters & Brothers. How's your weekend? I hope all is well, and may things get even better, insya'Allah. I'd like to do this entry in Malay so first off, my sincere apologies to my English readers. I will try to do another post in English and translate as much as I can in my next entry, Insya'Allah. Permintaan hati bila disebut menjadi do'a, dari itu, jgn berkata buruk, selalu berkata yang indah, Insya'Allah, yang indah akan menjadi kenyataan. Sering saya dengar orang sekeliling kata, "Tak ada duit la.." Maka terjadi la kenyataan - sering duit tidak mencukupi... Saya sendiri selalu buat silap tu jugak, saya cuba ubah sebanyak mungkin, sebaiknya, kita cakap, "Duit tidak mencukupi, insya'Allah dimurahkan rezeki dan ada lebih di masa akan datang." Tapi kena la usaha jugak, kan? Takkan la kite sebut je dan tak buat apa-apa lagi.. Kenalah usaha, jangan la belanja yang bukan-bukan. Rezeki kita itu sudah ditentukanNya. Pernah saya baca, kalau kita mudah beri sedekah, akan dimurahkan rezekinya, tetapi kalau kita ni selalu membazir, belanja hingga keterlaluan, na'uzubilah, duitnya tidak akan pernah cukup. Saya pernah juga alami situasi macam itu. Saya kuatkan iman, cuba-cuba, memang la benar, masa itu gaji saya kecil, tetapi mane-mane yang ada tabung amal, saya sedekahkan walaupun hanya seringgit. Kita kan seharusnya sedekah seberapa yang mampu, yang penting niat kita, kan? Alhamdulillah, rezeki saya sentiasa ada. Tidak la kaya, tapi mampu. Dan sebaliknya, pernah sebulan tu saya langsung tidak sedekah, malah bila ada orang mintak, saya kata tkde duit. Bulan tu sempit, padahal dinaikkan gaji, tetapi entah macam mane, entah ke mana duit tu pergi, tidak cukup.. Lagi seminggu nak gaji tu kena ikat perut sebab tidak ada duit.. Agaknya kata-kata saya dikabuli sebab menjadi orang yang lokek, kot.. Wallahualam bi sawab. Saya sebenarnya nak lepaskan geram, ada la pekara yang saya kurang suka terjadi di tempat kerja saya ni.. Pada mulanya, saya kerja di syarikat Korea, dari itu, tidak ramai orang melayu Islam bekerja di sini. Secara semula jadi, saya pun lebih cenderung untuk berkawan dengan kaum Melayu atau saudara Muslim. Tempat kerja saya ni ramai abang-abang yang tidak sedar mereka ni lebih layak dengan gelaran pakcik atau atok, yang bekerja sebagai drebar. Memang masa baru-baru kenal itu macam okey je.. Tetapi lama kelamaan saya perasan la jugak yang mereka-mereka ni semua lupa batasan, lupa daratan, dan makin tidak sedar diri (bercakap besar, dan yang sewaktu dengannya). Meluat la pulak bicara dengan mereka-mereka ni. Ada hati nak nasihatkan orang, perjalanan sendiri belum lurus, malah gelap gelita. Dalam banyak2 buaya kat dalam kandang tu, cuma satu je la yang masih tahu batasan dia, masih tau mana darat mana laut.. Dan dalam banyak2 buaya kat dalam kandang tu, ada satu tu, yang ada hati nak memikat hati saya. Ya Allah! Yang meluatkan lagi, dia ni suka tanya hal-hal peribadi saya. Saya tidak pernah la ceritakan (kadang untuk diamkan mulut dia dari bertanya, saya kasi satu cerita donggeng la kat dia), memang saya ni pun bukan jenis buku terbuka untuk ceritakan segala-galanya. Sedangkan dengan kawan paling rapat dan kekasih belum habis cerita, inikan pula orang luar. Selisih je.. Tidak kuasa la nak cerita, bukannya dia kenal saya pun.. Cik Abang dah nasihat saya, dia syorkan saya supaya ada kat ofis je, dah tidak payah nak turun ke tempat makan kat bawah tu. Dan bila dia nasihat kan saya itu kan... saya makin la sayang kat dia.. Ye la.. Secara tidak langsung terbandingkan juga kat orang sebelum dia.. Dan beza nya sangat2x ketara, dan terus saya makin la jatuh cinta kat dia.. Hati berdebar-debar gitu setiap kali jumpa dia, macam nak peluk cium dia erat2x tak nak lepaskan gitu. Kadang malu sendiri tau, bila cakap macam ni.. Tapi kenyataan.. nak lari ke mana. Saya tidak putus do'a supaya ditemukan jodoh... Mungkin ini la dia.. Wallahualam.. Saya perhatikan, memang dia pandai sangat ambil hati saya, pandai membimbing, pandai mengajar.. pandai buat lawak.. Senang kata kalau jumpa dengan dia, mesti senyum lebar, mesti gembira, tertawa, dan rasa syukur gitu.. Saya kadang2x terfikir juga, kenapa dia pilih saya... Saya rasa saya ni okey okey je.. tak la jambu sangat. Tak pandai gaya pun.. Boleh kata selekeh... Buat lawak pun okey okey je.. kadang orang tk gelak pun.. Tapi saya memang rasa amat2x disayang bila dengan dia. Rasa macam best sangat. Bila tk jumpa, rindu semacam. Tak tau kenapa, kekadang, baru jumpa semalam.. harini pagi2x da rindu da.. Pelik kan? Yang paling saya suka tentang si dia ni.. Dia tidak pernah nak hadkan batasan saya, tidak pernah cuba untuk melarang saya. Seperti saya, dia cuma ingin diberitahu. Jangan sampai sendiri dapat tahu, gitu.. So, saya rasa macam seimbang gitu. Dan dia tahu macam mana nak kata tidak bila saya mintak izin. Bila dia cakap tidak tu, dia kasi alasan yang kukuh kenapa.. Kalau saya nak jugak pun, dia tidak la menengking atau mengancam saya. Cara dia macam sesuai sangat dengan pendirian saya. Saya da cuba banyak kali nak uji dia, dan setiap kali saya yang gagal.. dan setiap kali saya gagal, makin mendalam gitu saya sayang dia. Makin merasa syukur.. Saya tidak tahu la kalau dia rasa apa yang saya rasa. Dan yang paling penting sekali, cik Abang saya ni percaya dengan saya. Saya tidak pernah nampak dia ragu-ragu dengan saya. Saya sangat2x selesa dengan dia. Saya rasa macam tidak perlu nak selindung-selindung dengan dia, dalam segala pekara pun.. Sekali dua tu pernah juga saya kecik hati, tapi entah macam mane, dan entah apa dia buat, saya rasa mudah untuk memaafkan dan melupakan pekara tu.. Sekejapan saya kecik hati, sekejapan tu jugak la dia pujuk saya. Pernah sekali tu, dia yang marah, tapi dia yang pujuk saya. Tidak ramai yang kuasa nak pujuk saya bila saya buat perangai macam tu. Ramai orang tengking dan makin marah saya bila saya buat macam tu, tapi dia mampu tenang dan menerangkan pada saya kenapa dia kurang suka, dan bagaimana ia akan menjejas diri saya. Waktu tu, saya rasa sangat bersalah hingga berlarutan hingga dua tiga hari. Dia juga la yang hapuskan rasa bersalah saya tu.. Dia kata yang sudah tu sudah, lain kali usah buat lagi. Terus macam sejuk hati saya, macam nak lari lompat peluk dia gitu.. Mungkin kerana peristiwa zaman dahulu, telah membuat saya senang menghargai pekara-pekara yang indah seperti ini. Dan pengalaman itu juga buat saya senang membaca niat orang dan mudah untuk saya jauhkan diri dari yang orang-orang yang boleh memudaratkan diri sendiri. Orang-orang yang boleh memudaratkan diri sendiri termasuklah orang yang ingin mengambil kesempatan di atas diri kita, tidak kira la nak ambil kesempatan dengan kemurahan hati ke, ape ke.. juga termasok orang-orang yang berniat untuk jatuhkan air muka kita dengan ape cara pun, juga termasok orang-orang yang berniat untuk memusnahkan kejayaan kita, iaitu orang yang tidak senang melihat kita senang. Juga termasok orang-orang yang hanya inginkan kita sebagai sandaran sementara atau alasan untuk membuat jahat, sebagai contoh: gunakan nama kita padahal kita tidak ada kena-mengena pun dengan aktiviti berkenaan. Sering kali, saya alami pekara macam ni, selalu orang pandang rendah dengan saya, kadang kerana umur saya yang sentiasa evergreen ni... kadang kerana status saya.. kadang kerana kedua-duanya. Mereka selalu ada persepsi yang orang macam saya ni mudah untuk dimakan (apa pun maksudnya la~). Kadang-kadang saya rasa kesian dengan mereka. Dosa dah bergunung, tapi mereka tidak sedar, malah membesar-besarkan aktiviti haram mereka. Bak kata orang-orang lama, rumah kata pergi, kubur kata mari. Tapi masih ingat diri mereka ni muda lagi.. Ya Allah... sedarkan la mereka... Sesungguh merugikan jika manusia, semakin panjang umurnya, semakin buruk akhlaknya! Ya Allah, aku mohon padamu, sedarkan la mereka.. Dan lindungi la aku dari segala yang kurang baik. Sentiasa lah bimbingi aku ke jalan yang benar yang Engkau redai, Allah.. Jauhkan kami dari termakan bisikan Syaitan, Ya Allah. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur... dan semoga dipercepatkan jodoh ku jadi orang-orang yang tidak sedar diri ni tidak kacau aku lagi... Wassalam. |
Monday, March 22, 2010
Malay Entry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment